follow dashboard

RINGKASAN MINGGUAN

Bab ringkasan aktiviti latihan industri ini akan menerangkan berkaitan rumusan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan industri di organisasi tertentu sama ada kerajaan ataupun swasta. Rumusan ini dibuat bermula dari minggu pertama hingga minggu ke-20. 

Saya Nurfarahin binti Shamsuddin pelajar jurusan Teknologi Maklumat dari Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang. Kini saya pelajar Sem 4 yang sedang menjalani latihan industri di sebuah badan kerajaan iaitu PDTG @ Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik. Saya telah ditempatkan di Bahagian Khidmat Pengurusan. 

Saya telah diserahkan di bawah seliaan En. Moktar bin Khalid, Penolong Pengawai Tadbir N32 yang menjadi penyelia selama saya menjalani latihan industri. Saya telah diberi tugas untuk membantunya membuat kerja serta membantu kakitangan lain. Banyak pengalaman yang saya perolehi ketika membuat latihan industri di sini. 

No comments:

Post a Comment