follow dashboard

FORMAT

Pengenalan

         Secara teknikal, Format adalah operasi memadam maklumat dari media storan maklumat. Ianya sering dilakukan ke atas cakera keras (HDD), namun boleh juga dilakukan ke atas cakera liut (FDD) dan sebarang jenis media storan elektronik seperti Thumbdrive, Kad Ingatan (Memory Card) yang dipasang ke dalam alat elektronik konsumer seperti telefon bimbit, kamera digital, pemain MP3/MP4 dan lain - lain.

         Install sering dimaksudkan sebagai memasang perisian atau sistem operasi ke dalam media storan tadi. Install sering dilakukan kepada HDD yang telah diformat. HDD sedemikian sering dipasangkan dengan perisian sistem operasi seperti Windows bagi membolehkan komputer dihidupkan dan digunakan.


          Format dan Install perlu dilakukan setiap kali komputer baru hendak dipasang. Format dan Install juga kerap dilakukan apabila komputer rosak disebabkan oleh virus, spyware atau masalah lain.


 Spesifikasi / Jenis Peralatan Yang Digunakan

·        Komputer
·        CD window7


 Proses Kerja Yang Dilakukan

1)    Hidupkan komputer dan masukkan CD Windows 7. Pastikan boot sequence  ditetapkan kepada CD.

2) Jika keluar skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…”, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci 
Rajah 1 : Press any key to boot from CD or DVD


Rajah 2 : window is loading files…


Rajah 3 : Starting window


3) Tetingkap “Install Windows” keluar. Tekan ‘Next

Rajah 4 : Pilih bahasa

4) Tekan butang “Install now”

Rajah 5 : Install now

5) Pilih edisi Windows 7 dengan ‘x86’ di ruangan ‘Architecture’, dan tekan ‘Next’

Rajah 6 : Install window


6) Tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan tekan ‘Next’

Rajah 7 : Install windows

7) Tekan pada pilihan “Custom (advanced)”.

Rajah 8 : Install windows

   8) Pilih partition  dan tekan ‘Next’.

Rajah 9 : Membuat partition

9) Windows akan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini selesai, dan komputer akan restart dengan sendiri

Rajah 10 : Memulakan pemasangan windows


Rajah 11 : Windows restart

10) Jika skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar lagi, jangan tekan apa-apa dan biarkan sahaja.

Rajah 12 : Press any key to reboot


Rajah 13 : Starting windows

Windows akan restart lagi dengan sendirinya, hanya perlu menunggu sehingga semua proses pemasangan selesai.

Rajah 14 : Installing windows


Rajah 15 : Setup preparing first use

11) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Taipkan nama pada ruangan “user name” dan tekan ‘Next’.              


Rajah 16 : Masukkan username

12) Taipkan kata laluan bagi komputer serta klu bagi kata laluan tersebut, dan tekan ‘Next’.


Rajah 17 : Masukkan kata laluan

13) Masukkan nombor produk yang disediakan bersama CD Windows 7.
Nota: Langkah ini boleh ditinggalkan terlebih dahulu. Pastikan mengosongkan kotak “Automatically activate Windows when I’m online” jika menangguhkan langkah ini.
Rajah 18 : Masukkan produk key

14) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Tekan pada mana-mana pilihan.

Rajah 19 : Setup windows


15) Pada bahagian “Time zone”, pilih “(UTC +08:00) Kuala Lumpur, Singapore” dan tekan ‘Next’.

Rajah 20 : Set Tarikh Dan Masa

16) Sekiranya disambungkan kepada Internet, skrin berikut akan keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.

Rajah 21 : Set up Windows

17) Kini, Windows 7 sudah dipasang dan siap sedia untuk digunakan!


Rajah 22 : Selesai install

Selepas siap memasang Windows 7, terdapat beberapa perisian yang asas yang perlukan untuk urusan harian, antaranya ialah:
·  Antivirus Avira  untuk melindungi computer anda. Ingat, hanya install satu antivirus sahaja pada satumasa, jadi jika anda sudah antivirus yang lain dalam komputer, buang ia terlebih dahulu sebelum memasang Avira.

·   7-Zip untuk membuka fail-fail jenis .zip, .rar, .7z, dan banyak lagi.

·   Flash player untuk memainkan YouTube, dan segala jenis video Flash di Internet.

·    Adobe reader untuk membuka fail PDF.




Komen Dan Cadangan 

Setiap windows mempunyai ciri-ciri dan cara-cara memformat yang berbeza tetapi ia dapat menyenangkan segala urusan.


Kesimpulan

Secara kesuruhannya, saya mendapati memformat windows 7 yang digunakan banyak memberi manfaat kepada kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah iaitu bagi memudahkan mereka membuat kerja.
Windows ialah sebuah sistem pengendalian yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Microsoft.Sehingga kini, terdapat pelbagai versi Windows, antaranya Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP dan yang terbaru daripada Microsoft ialah Windows Vista yang dilancarkankan pada tahun 2007. Pada asalnya, Microsoft Windows hanyalah sekadar berfungsi untuk menyediakan suasana pengendalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan Microsoft menaik taraf perisian Windows kepada sebuah sistem pengendalian.

No comments:

Post a Comment