follow dashboard

KESIMPULAN

Setelah menjalani Latihan Industri selama satu sem iaitu empat bulan setengah, banyak yang saya pelajari dari segala aspek berkaitan dengan bidang kerjaya terutama cara berkomunikasi dengan pihak atasan dan pihak yang berkaitan. Dengan bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, saya telah mempelajari cara-cara bagaimana pengurusan pejabat dijalankan, pengurusan stor dan sebagainya. 


Secara amnya Latihan Industri patut diteruskan kerana berfungsi memberikan manfaat serta faedah kepada pelatih dari segi ilmiah pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Ini disebabkan apabila seseorang penuntut menjalani latihan industri, mereka akan dapat melihat gambaran yang jelas serta keadaan dunia pekerjaan sebenar disamping berusaha menyesuaikan diri dengan tugas-tugas yang diberikan kepadanya. 


Sekiranya latihan ini tidak diadakan maka keadaan yang agak sukar akan dilalui oleh para pelajar untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Oleh itu, didapati bahawa latihan ini amat penting dan banyak mendatangkan kebaikan dari keburukan kepada pelajar.


Akhirnya setelah berjaya mengikuti Latihan Industri ini, pelatih dapat melihat sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta berdepan dengan pahit manis semasa latihan dijalankan. Di sini pelatih memohon maaf daripada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak serta Unit Latihan Industri Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang atas kesilapan yang terkandung dalam laporan ini serta ikhlas dan sedia menerima teguran yang membina. Dengan menjalani latihan ini, diharap segala pengalaman dan ilmu dapat digunakan apabila menceburi bidang kerjaya.

No comments:

Post a Comment