Latihan
Industri merupakan syarat yang sememangnya diwajibkan kepada semua pelajar
Politeknik dan wajib mengikutinya. Para
pelajar seharusnya berfikiran positif mengenai Program Latihan Industri ini. Para pelajar Politeknik juga haruslah bijak
dalam membuat pilihan tempat untuk menjalani Latihan Industri. Pelajar juga harus ingat, bahawa Latihan
Industri bukanya pekara mudah yang tidak memerlukan perhatian yang sewajarnya. Pemikiran yang sempit ini perlulah dibuang jauh-jauh
daripada diri pelajar Politeknik. Ini
adalah bertujuan untuk mengelakkan pelajar mengambil jalan mudah dalam mencari
dan seterusnya menjalani Latihan Industri.
Saya
mencadangkan agar para pelajar Politeknik memilih tempat Latihan Industri yang bersesuaian
dengan pembelajaran dan teori yang dipelajari di Politeknik. Para pelajar juga haruslah memikirkan tentang
pekerjaan yang bakal ditempuhi kelak setelah tamat belajar di Politeknik. Dengan memikirkan kedua-dua perkara ini, ia
akan membolehkan pelajar memilih tempat Latihan Industri yang bersesuaian. Pemilihan tempat Latihan Industri ini adalah
penting kepada pelajar kerana jika seseorang itu tersalah membuat pilihan,
mungkin ilmu yang dipelajari selama ini akan dipersiakan kerana tidak dapat dipraktikkan
Setelah
mengenal pasti tempat Latihan Industri yang bersesuaian, mereka seharusnya
melengkapkan diri dengan ketahanan mental dan fizikal mereka. Selain itu, mereka juga perlu mengetahui
sedikit sebanyak mengenai organisasi terbabit dan yang penting sekali ialah
berfikiran positif. Pelajar perlulah
mematuhi segala peraturan yang digunakan oleh setiap organisasi yang
terbabit. Arahan yang diberikan oleh
Ketua atau penyelia semasa pelajar menjalani Latihan Industri di tempat mereka
perlulah dipatuhi.
Di
sini, pelajar seharusnya menggunakan akal fikiran mereka sendiri dalam menerima
sebarang arahan. Sekiranya arahan yang
diberikan tidak bercanggah dengan lunas-lunas islam, tidak salah untuk dipatuhi
oleh para pelajar. Jika pelajar menerima
teguran daripada staf di organisasi terbabit, pelajar haruslah menerimanya
dengan sabar dan menganggapnya sebagai teguran yang membina. Ini kerana kesabaran adalah tunjang kepada
kejayaan. Selain itu juga, imej yang baik haruslah dibawa oleh para
pelajar semasa menjalani Latihan Industri dan secara tidak langsung para
pelajar Politeknik akan mewujudkan hubungan yang erat dengan pihak organisasi.
Daripada
apa yang saya perhatikan saya ingin menyatakan komen saya agar pihak Politeknik
seharusnya mengambil berat dengan menyenaraikan tempat-tempat latihan Industri
yang bersesuaian dengan kursus masing-masing kepada para pelajar. Ini adalah kerana bagi mengatasi masalah
penganiayaan terhadap pelajar yang menjalani latihan industri, kerana
sesetengah firma mengambil kesempatan terhadap pelajar, bagi mengatasi buruh
kasar yang timbul ditempat latihan industri masing-masing. Ini adalah kerana tiada kerja yang sesuai
untuk para pelajar. Selain dari itu,
sesetengah pihak syarikat tidak menerangkan tentang tugas yang harus dilakukan
oleh pelatih. Ini adalah kerana
sesetengah firma memberikan tugas di luar tugas ataupun pengajian pelatih
tersebut. Kesannya pelatih itu tidak
memberikan perhatian atau komitmen terhadap tugas yang diberikan dan sikap
mudah jemu timbul dalam diri tersebut.
Segala komen dan cadangan yang diberikan agar mendapat perhatian yang
sewajarnya dari pihak pengurusan Politeknik.
No comments:
Post a Comment