follow dashboard

OBJEKTIF LAPORAN LI

Penyediaan laporan latihan industri merupakan suatu yang penting untuk lulus latihan industri kerana markahnya mencapai tahap 40% daripada 100%.  Setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan latihan industri yang lengkap syarat dan masa yang ditetapkan oleh pihak Politeknik.


Objektif laporan ini adalah untuk perekodan tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pelajar samada semasa di dalam atau di luar organisasi tersebut.  Ianya juga digunakan sebagai bukti bahawa pelajar telah menjalani latihan industri seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik.


Selain itu, latihan industri ini dapat membina personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan, amanah, berkeyakinan, dan bertanggungjawab, serta boleh berkomunikasi dengan orang ramai secara berkesan atau mesra pelanggan.  Mengamalkan etika dan peraturan kerja baik agar dapat dipraktikkan dalam situasi pekerjaan yang sebenar, selain ia dapat menguasai bidang kursus dengan mengaitkan teori yang telah dipelajari.


Kerja-kerja yang telah dilakukan setiap hari akan direkodkan dalam buku laporan harian, dan daripada maklumat dalam buku harian tersebut pelajar akan merekod kembali dalam buku laporan yang akan diserahkan kepada pensyarah.



Tujuan penyediaan laporan ini adalah memberi peluang kepada pelajar untuk merebut peluang pekerjaan yang semakin terhad di pasaran.  Ini adalah kerana laporan tersebut adalah satu bukti bahawa pelajar tersebut mempunyai pengalaman selama beberapa bulan membuat latihan industri di dalam sesebuah firma tersebut.

No comments:

Post a Comment