follow dashboard

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan Laporan Latihan Industri ini.

 Ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada PDTG, di Unit Khidmat Pengurusan diatas kesudiannya menerima saya sebagai pelajar praktikal di pejabatnya.

Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan PDTG dan di Unit Tanah, Pembangunan Luar Bandar, Khidmat Pengurusan terutamanya En. Arif, En. Moktar dan Pn. Hasniza yang bertindak sebagai penolong pegawai tadbir dan penyelia serta staf di unit tersebut yang mana telah banyak memberi tunjuk ajar serta panduan.

Di samping itu juga, ribuan terima kasih kepada semua pensyarah di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang amnya, Pn Afni dan En Affan yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta dorongan sehingga saya menjalani latihan industri ini dengan jayanya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam mengharungi segala cabaran menjalani latihan ini.

Akhir kata, hanya kepada Allah swt sahaja saya serahan segala urusan, semoga kita semua diberi taufik dan hidayat.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment