follow dashboard

LATAR BELAKANG PEJABAT


         Tempat asal bangunan PDTG dahulunya ialah di kawasan kompleks pejabat-pejabat kerajaan. Manakala, kawasan bangunan Pejabat Daerah dan Tanah yang baru ini di Jalan Sultan Yussuf, 33300 Gerik, Perak dahulunya merupakan kawasan berpaya. Setelah itu, Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik mula dibina pada jun1995 dan siap dibina pada jun 1997 dengan kadar kos sebanyak RM 1,898,882.80. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Sha Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarallahu-Lah pada 21 jun 1999.


          Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik ini mempunyai dua (2) fungsi utama yang berperanan dalam melaksanakan serta menyempurnakan tanggungjawab seperti merancang dan melaksanakan projek kecil dan meyelaras pelaksanaan kerja-kerja pembangunan daerah bagi Bahagian Pembangunan, Bahagian Pentadbir dan Kewangan pula terlibat dalam Pentadbiran Am, kewangan dan pelesenan. Bagi bahagian Pentadbir Tanah, ianya melibatkan pembangunan tanah, pendaftaran hakmilik serta teknikal dan penguatkuasaan.


            Pentadbiran ini diketuai oleh Pegawai Daerah Hulu Perak dan dari segi tenaga kerja lain, beliau dibantu oleh pegawai dan kakitangan di setiap bahagian. Antaranya ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Tadbir dan kakitangan yang lain.



Rajah 1 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik


                   Nama Organisasi                : Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik

                   Lokasi Oraganisasi             : Kira-kira 500 meter dari Ibu Pejabat Polis Gerik

                   Alamat                              : Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak
                                                             Jalan Sultan Yussuf
                                                             33300 Gerik
                                                             Perak Darul Ridzuan.

                   No Tel                                : 05-7911963

                   No Fax                               : 05-7921409   

                         Website                              : http://pdtgerik.perak.gov.my/




Rajah 2  Portal Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik


STRUKTUR PEJABAT


Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :

1.      Bahagian pentadbiran tanah

2.      Bahagian khidmat pengurusan

3.      Bahagian pembangunan luar bandar


HALATUJU PEJABAT



RAJAH 3 Logo Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik.



VISI PDTG

Menjadikan Hulu Perak sebagai daerah yang maju, makmur dan menjelang tahun 2015


MISI PDTG

  • Menjana pembangunan mampan (sustainable development) dan mesra rakyat.
  • Menggiatkan serta memodenkan/mentransformasikan sektor pertanian dan pembangunan luar bandar.
  • Memupuk masyarakat yang berdaya saing, berakhlak mulia, berilmu dan bersatu padu.
  • Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pengurusan.

OBJEKTIF PEJABAT


  • Menyusun program untuk memaksimakan kutipan hasil dan meninimakan tunggakan hasil.
  • Melaksanakan pembangunan tanah secara teratur melalui program kampung tersusun, rancangan pertanian berkelompo, konsep halacara baru dan pemulihan tanah terbiar.
  • Mengenalpasti dan menggalakkan industri pelancongan berasaskan tarikan alam semula jadi.
  • Meningkatkan produktiviti, kualiti dan keberkesanan dalam budaya kerja harian.
  • Mewujudkan suasana kerja yang ceria dan indah bagi menghasilkan semangat kerja berpasukan dan berinovatif.
  • Membuat perancangan yang teratur agar segala kemudahan asas dapat dibekalkan kepada segenap lapisan masyarakat tanpa prasangka.




CARTA ORGANISASI PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU PERAK GERIK




RAJAH 4 Carta Organiasai Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu perak




WAKTU BEKERJA
ISNIN - JUMAAT : 8.00 A.M – 5.00 P.M.
WAKTU REHAT ( ISNIN - KHAMIS ) : 1.00 P.M – 2.00 P.M.
WAKTU REHAT ( JUMAAT ) : 12.15 P.M – 2.45 P.M.
SABTU DAN AHAD : CUTI












            

2 comments:

  1. hye, i knew that my posting here is a bit late. May i knew how can u get intern here? your kindly reply is really appreciate and tqsm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya nak intern kat pejabat daerah dan tanah ni call je cakap kata nak mohon praktikal ada kekosongan ke tak. kalau ada diorang akan suruh emel resume surat daripada pihak universiti.

      Delete