follow dashboard

JOOMLA


Pengenalan  

Aplikasi sumber terbuka yang diperkenalkan dengan versi Joomla! 1.0 pada tahun 2005. Ia bermula dengan asas aplikasi Mambo oleh syarikat Miro Corporation. Laman web bagi Joomla! adalah di alamat web http://www.joomla.org dan versi semasa Joomla! 1.5 yang tidak lagi menggunakan kod-kod Mambo. Versi akan datang Joomla! 1.6 yang dibuat semula dari awal dengan ciri-ciri lebih canggih seperti ciri pengawalan akses pengguna yang lebih fleksible. Joomla! adalah dikenali sebagai sistem pengurus kandungan laman web (CMS), sistem ini memudahkan pentadbir menguruskan laman web dan menjadikan laman web lebih dinamik dengan boleh dibantu pengurusan kandungan oleh semua orang yang dijemput untuk menjadi ahli.

Rajah 1 : Perisian Joomla!


Spesifikasi/Jenis Peralatan Yang Digunakan

Untuk menggunakan perisian Joomla perlulah menggunakan laptop atau komputer yang telah menginstall perian tersebut bagi membolehkan penggunaannya


Cara Pengendalian Peralatan Semasa Latihan

Semasa penggunaan perisian tersebut pastikan kata laluan yang digunakan adalah selamat dan perlu sentiasa di bawah awasan juruteknik komputer atau admin yang menguruskan perisian tersebut. 


Proses Kerja Yang Dilakukan
  
Langkah pertama : Untuk  menggunakan perisian Joomla! ialah dengan memasukkan User Name dan Password untuk Login ke dalam Administration Login Laman Web Joomla!.

Rajah 2 : Masukkan User Name dan Password

Langkah kedua : Setelah selesai memasukkan maklumat akan memaparkan banyak menu administration selepas daftar masuk Laman Web Joomla! antaranya Site, Menus, Content, Components, Extention, Tools dan Help. Setiap menu ada keggunaannya. Di sini klik pada menu compenents dan klik  Contacts dan Contacts untuk membuat dan menambah nama staf jabatan.

Rajah 3 : Menu administration




Rajah 4 : Klik pada Contacts dan contacts

Langkah ketiga: Selepas klik pada contacts akan paparkan seperti rajah 5. Selepas itu, untuk memulakan tugasan iaitu memasukkan nama dan ketogori kakitangan perlulah klik pada New

Rajah 5 : Hasil paparan menu Contacts


Rajah 6 : Klik New untuk memulakan tugasan

Langkah keempat : Selepas klik pada menu New akan memapar popup Add User..

Rajah 7: Paparan Add User


Langkah kelima : Masukkan maklumat yang dikehendaki ke dalam kolum-kolum yang telah disediakan. Antaranya kolum Name, posision title, contacts dan email. Pada Show Position perlu klik Yes. Pada Category perlu klik pada kakitangan bahagian yang perlu. Jika mempunyai gambar masukkan gambar dengan klik pada choose file.


Rajah 8 : Masukkan nama staf pada ruang Name


Rajah 9 : Masukkan jawatan staf di bahagian posisition title



Rajah 10 : Klik yes pada show position



Rajah 11 : Klik choose File  untuk memasukkan gambar kakitangan dan klik mana-mana category  bahagian kakitangan bekerja


Langkah keenam : Selepas memasukkan semua maklumat yang diperlukan klik pada save & close.


Rajah 13 : Klik pada Save & Close


Langkah ketujuh : Setelah selesai semuanya pergi ke portal rasmi jabatan dengan menaip laman web portal rasmi tersebut http://pdtgerik.perak.gov.my/my/ untuk melihat hasilnya. Klik pada Maklumat Korporat dan akhir sekali, klik pada direktori kakitangan.


Rajah 14 : Laman Web Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik




Rajah 15 : Klik pada Maklumat Korporat dan klik pada direktori kakitangan


Langkah terakhir : Selepas keluar papar direktori kakitangan, pilih kategori bahagian khidmat pengurusan dan seterusnya dapat melihat maklumat kakitangan bahagian khidmat pengurusan di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik yang telah buat di Laman Web Joomla! tadi.



Rajah 16 : Inilah hasilnya



Komen dan Cadangan

Setiap laman web mempunyai fungsi dan cara untuk mengUpdate yang berbeza. Dengan menggunakan software Joomla dapat memudahkan penggunaan admin untuk mengUpdate portal jabatan.


Kesimpulan

Pada kesimpulannya ialah anda perlu mahir dalam bab penggunaa perisian Joomla ini. Perlu memahami fungsi-fungsinya yang lebih mendalam. Oleh itu, ini hanya cara membuat laman web secara ringkas banyak lagi yang perlu diplajari untuk menghasilkan laman web yang berkualiti. 













No comments:

Post a Comment